Friday, 22 January 2016

Pelaburan ASB yang menguntungkan!

Pelaburan ASB Cara Newbie

Kenapa Pelaburan ASB?

Pelaburan ASB adalah antara pelaburan"fixed price" tetapi tidak "capital guaranteed". "Fixed price" tetapi tidak"capital guaranteed" bermaksud jika kita melabur sebanyak RM1000, duit kita akan sentiasa ada RM1000 dalam simpanan walau apa pun yang terjadi.

Berbeza dengan pelaburan saham amanah lain yang tidak "fixed price" dan tidak"capital guaranteed". Ini bermaksud jika melabur RM1000, esok mungkin pelaburan kita hanya tinggal RM900, kerana kejatuhan nilai seunit saham amanah tersebut sebanyak 10% mengikut harga pasaran biasa yang berubah-ubah.

Pelaburan ASB Harus VS Patuh Syariah?

Ya, pelaburan ASB harus mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan atas alasan untuk memajukan ekonomi bumiputera di Malaysia.

Ya, pelaburan ASB buat masa ini, masih belum 100% patuh syariah. Ini kerana PNB sebagai pelabur institusi masih melabur dalam syarikat berkaitan kerajaan (government linked company atau GLC) seperti Maybank dan CIMB yang pastinya bukan syarikat 100% patuh syariah.

Cara Melabur ASB Yang Saya Amalkan

Tahun 2007, saya buat pinjaman ASB sebanyak RM10,000, bayaran bulanan hanya RM87 sebulan untuk jangka masa 20 tahun. Pinjaman ASB ini dibuat semasa saya masih di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda. Kiranya masa masih belajar lagi dah ada pinjaman ASB!

Saya mula bekerja pada tahun 2009, jadi pada tahun itu, saya telah membuat pinjaman ASB sebanyak RM30,000 lagi, bayaran bulanan sekitar RM170 selama 20 sehingga 25 tahun.

Bila gaji tahunan saya bertambah pada tahun 2010, saya telah membuat pembiayaan ASB baru sebanyak RM30,000, bayaran bulanan sekitar RM180 selama 20/25 tahun. (Bayaran pembiayaan islamik adalah sedikit tinggi dari pinjaman konvensional.)

Pada tahun 2011, saya telah membuat pinjaman lagi sebanyak RM30,000. Bayaran bulan sekitar RM180 selama 20 sehingga 25 tahun.

Kesemua pinjaman saya bernilai RM90K akan ditolak terus daripada penyata gaji saya. Ini saya namakan sebagai konsep"force saving", kerana gaji saya akan ditolak pinjaman ASB dahulu, baru saya boleh gunakan untuk perbelanjaan lain.

Berbeza dengan pinjaman ASB sebanyak RM10K saya yang dipotong melalui arahan pemotongan bulanan daripada akaun simpanan saya melalui "standing instruction".

Saya hanya pernah ada RM100K untuk pinjaman ASB saya, walaupun secara realitinya saya mampu untuk membuat pinjaman ASB secara maksimum sebanyak RM200K!

Bak kata seorang otai hartanah tu, "divide & conquer" (Sydez Fadzil) pecahkan pinjaman ASB kepada banyak pinjaman supaya boleh dapat banyak sijil ASB!

Tetapi simpanan ASB biasa saya pernah mencapai sebanyak RM30,000. Agak banyak untuk simpanan ASB yang biasa, yang tidak menggunakan pinjaman ASB.

Simpanan inilah yang boleh saya gunakan untuk hal kecemasan dan pelancongan saya ke luar negara hampir setiap tahun!

Tip Pelaburan Pinjaman ASB Untuk Newbie.

1. Tetapkan matlamat pelaburan ASB

Contoh matlamat pelaburan ASB:

Untuk membeli rumah.Untuk perbelanjaan perkahwinan.Untuk melancong ke luar negara.Untuk mempunyai wang tunai sebanyak RM20,000 dalam masa 5 tahun.

Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, saya telah langsaikan pinjaman ASB RM10,000 saya pada tahun 2015, lebih awal daripada tempoh pinjaman ASB saya yang masih berbaki 10 tahun. Ini kerana saya perlukan duit sebanyak RM20,000 untuk memililiki sebuah rumah baru.

2. Bezakan Antara Pelaburan ASB dan Pinjaman ASB.

Maksudnya saya di sini ialah bezakan antara "force saving" dan simpanan ASB.

Pinjaman ASB akan menjurus kepada "force saving", manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.

3. Pelaburan Ikut Kemampuan

Ukur baju di badan sendiri!

Kita yang menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita tahu berapa pendapatan kita sebulan, hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita!

Sebagai contoh, jika kita mampu untuk membuat simpanan ASB sebanyak RM500 sebulan.

Pecahkan kepada "force saving" dan simpanan ASB.

Misalnya RM300 digunakan untuk membayar pinjaman ASB ("force saving"), manakala lagi RM200 digunakan untuk simpanan ASB biasa.

Simpanan ASB biasa itu sangat penting untuk diri kita, terutama di kala kita kesempitan duit. Kita tak mampu meramal masa depan, oleh itu silalah "sediakan payung sebelum hujan".

Banyak kes yang saya perhatikan, kita semua tak tahu bezakan antara "force saving" (pinjaman ASB) dan simpanan ASB.

Ini adalah punca utama, kenapa ramai sibuk nak tamatkan pinjaman ASB tanpa alasan munasabah.

Jadilah pelabur yang bijak. Carilah pelaburan yang terbukti selamat dan menguntungkan!

Sekian, terima kasih.

Firdaus Pay.

**saya dah ada ASB LOAN 30K. anda bila lagi? :) Tepuk dada tanya selera.

Friday, 8 January 2016

Memories in 2015

Assalamualaikum 2016,

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah berginjak ke tahun baru. Umur pun baru! Hiksss..

Alhamdulillah jugak buat semua kejayaan & kenangan di tahun 2015.

1st - Join Easy RHB sebagai sales executive (16/02/2015). Bekerja dalam bidang sale ni sebenarnya agak mencabar. Mencabar dalam mengejar target setiap bulan. Mencabar untuk handle semua peel customer. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku..aku dapat banyak sangat ilmu disini. Chewahhhh!

2nd - Dapat penuhi wishlist yang paling besar, iaitu Myvi PMD. Alhamdulillah. Ni jugak berkat kesungguhan aku nak beli kereta sendiri akhirnya tercapai. Takdelaa Honda, Mazda, Audi kan. Aku mampu beli Perodua je. Asalkan berbumbung dan mampu bayar. Itu je yang aku nak! Kalau beli kereta mahal mahal tapi tiap2 bulan poket kering pun tak best jugak kan.

3rd - Alhamdulillah poket tepi aku iaitu business aku makin laris. Makin maju. Tak kesah lah untung ciput ciput pun, janji ada duit masuk. Takde laa harap tengok duit keluar je kan? Kalau 1 barang untung Rm5, kalau dah 100 barang terjual, tak ke Rm500? Taktau kenapa, aku terlalu berminat dalam bidang berniaga.

Harapan, tahun 2016 akan terus dilimpah kan rezeki yang halal, dikurniakan kesihatan yang baik & moga aku terus belajar untuk mengejar jalan yang redhai-Mu. Aminnnn :)

**9/10 rezeki datangnya dari berniaga. Doakan satu hari nanti aku dapat buka kedai untuk berniaga sendiri. Thanks God. U make my 2015 wonderful with hidayahMu.

Xoxo,
Munirah hanim yang comel ..

Monday, 30 November 2015

Trip to Langkawi

Assalamualaikum. Kali ni nak share sikit pasal trip ke Langkawi dengan geng geng poly yang dah setahun lebih tak jumpa. Actually plannya 6 orang, tapi lagi dua orang ada problem sikit, so kami berempat jela yang jadiii. Kami p 3 hari 2 malam, 28,29 & 30 November 2015.

Malam 27 hb tu kami berkumpul dan bermalam di rumah mok. Sebab rumah mok kat kuala muda, dekat utk ke kuala kedah. Tq mok, tumpangkan kami semalaman di rumah hang! Malam tu terlampau lapaq, terus dinner steamboat kt D'fiesya corner di Bertam Kepala Batas. Rm17 je per person. Sedap & banyak pilihan. Highly recommended beb! 

** Punya lapaq,,makan dari pukul 9 lebih sampai pukul 12am haha

28/11/2015

Pukul 7 pagi kami bertolak dari kuala Muda ke Kuala Kedah. Perjalanan memakan masa sejam setengah dengan tol RM8.50..
Sampai je kat jetty point Kuala Kedah, kami terus beli tiket ferry & menunggu waktu. Tiket ferry utk dewasa adalah RM23 seorang.




Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi agak lama jugak. Dua jam lebih. Tido bangun tido bangun, tak sampai sampai lagi. Sesampai je kt langkawi, Mr law jemput kami dan bawa ke hotel utk check in. Mr law ni owner coco top hotel. Kami sewa kereta dan bilik hotel dengan dia. 

**harga hotel: RM60/SEMALAM
**harga kereta sewa: RM50/SEHARI

Kami diberi kereta saga flx auto. Total utk hotel & kereta sewa trip kali ni RM220 utk 3 hari 2malam. Murah kan? Hihi

**2 katil king. Cantik jugak. Not bad. 

Lepas letak barang barang, kami terus keluar cari makan. Lapaq sangat dah masa tu. Tempat utk kami lunch hari tu adalah Restoren Seashells Laman Padi. Tempat dia cantikk sangat. Makan sambil menghadap sawah padi. Makanan pon not bad, banyak. Harga pun berpatutan.


I
**kami pilih set Nasi putih ayam utk 4 org (RM60)
Nasi putih, ulam ulaman, telur masin, ayam, begedil, sup kosong, air asam & sambal belacan. Sedap!

Lepas semua kenyang, kembali bertenaga, kami terus ke Sky Cab. 2jam jugak beratur utk naik hahaha gagah! 

Sebenarnya kan, ada pengalaman plg menakutkan masa naik Sky Cab ni. Masa naik dari perhentian pertama ke perhentian kedua, hujan lebat + guruh kilat + angin kuat sangat. Cable car tu berhenti di tengah tengah perjalanan. Kami di tengah2 udara. Takut sangat angin terlalu kuat sampai bergoyang goyang cable car kami. Setengah jam kemudian, hujan makin reda, kilat pun dah berkurang, cable car berjalan seperti biasa. Perasaan masa tu hanya Dia jaa yang tau. Macam macam dlm fikiran. Alhamdulillah, kami selamat turun dgn jayanya hihi.

Lepas dari sky cab, kami terus balik hotel utk berehat. Malam tu tido nyenyak sangat sebab terlalu letih hahaha.


29/11/2015

Awal pagi lagi dah semangat semua bangun nak ronda ronda Langkawi sebab malam tu dah terlebih cukup berehat. Hihi. Keluar dari hotel, terus cari breakfast. Kami pilih Restoren Terong Pekan Rabu.

**makanan kat sini special sikit nama dia. Antaranya roti canai bistik, kebab bistik, sandwich bistik, nasi lemak telur goyang. Utk pagi tu, kami try roti canai bistik & kebab bistik. Rm3.50 sepinggan. Highly recommended!

Dah isi perut, kami ke Dataran Lang pula utk bergambar.



Dah puas bergambar, kami terus ke Haji Ismail group utk shopping coklat dan buah tangan utk dibawa balik. Saat paling di tunggu tunggu hahaha kami spend 3 jam utk memborong disini sahaja. Harga agak berbeza dari  5 6 tahun sebelum ni. Tapi tetap nak beli jugak kan. 








Haaa tengokk! Terliur kan. Rasa semua nak beli. Rasa geram bila semua jenis coklat depan mata kan. Meluat! Hahaha Penat jugak pilih pilih coklat ni. Dah penat shopping, kami balik ke hotel dulu utk rest & solat zohor.

Selepas zohor, kami ke makam mahsuri. Harga tiket utk masuk ke makam mahsuri rm10 utk dewasa. Selepas ke makam mahsuri, kami ke kilang gamat nusantara. Kat sini pun rambang mata nak pilih gamat. Rasa semua nak beli. 



Ni je sempat snap gambar sebab terlalu teruja tengok setiap kelebihan gamat yang bermacam jenis. Best!

Dari kilang gamat, kami ke Airport pula utk pekena Laksa ikan sekoq. Sumpah sedap tak tipuu. Rasa tak cukup sepinggan.



**sepinggan rm5 sahaja. Sambil makan tepi airport ni, pekena angin pantai dgn laksa sedap mcm ni mmg perghhh tak terkata aa kan. Highly recommended! 

Kemudian kami ke Pantai Chenang utk bersiar siar amik angin. Actually kami nak ambik pakej island hopping tetapi memandangkan cuaca agak menyedihkan dan balqis yang mabuk laut. Hihi kami batalkan hasrat utk island hopping. Kami just jalan jalan di tepi pantai, bergambar dan berbual. Kemudian kami pulang ke hotel utk berehat.

Malamnya pula kami keluar utk mencari dinner di The Vogue Pekan Rabu. Kedai ni memang cantik sangat, harga pun taklaa mahal sangat. Just nice orang kata hehe


Nampak mcm sedap kan? Hihi

30/11/2015

Pepagi lagi kami ke jetty utk beli tiket ferry utk pulang. Sementara menunggu ferry, kami ke Restoren Terong lagi utk breakfast. Nampak tak yang kami ni eksited sangat nak cuba makanan makanan di restoren ni. Hihi kali ni kami try nasi lemak telur goyang & sandwich bistik. Tak mengecewakn. Memang sedap dan murah.


Lepas breakfast, terus kami berlari ke ferry sebab dah terlewat sangat punya kusyuk duk makan + sembang hihi

**bye bye Langkawi. Jumpa lain tahun yaa. Insya Allah. 



Baby 2015

Assalamualaikum. Lama betul menyepi sejak sejak format Hp haritu, terlupa nak install semula application blogger dlm Hp ni. Banyak benda nak coret dalam ni tapi belum berkesempatan nak publish semua. Asyik simpan dalam draft je kan.

Alhamdulillah, July 2015, salah satu big wishlist utk tahun ni disempurnakan. Baby PMD. Ya, syukurrr sebab ini adalah berkat usaha aku sendiri dan berkat kesabaran aku menunggu. Banyak betul rintangan dan cabaran sebelum nak dapatkan PMD ni.

Dari 2014 apply loan untuk beli Axia, sangkut problem bila pihak bank minta gerentor. Cancel sebab tak ada gerentor. Kemudian try utk apply Myvi 2nd, sangkut dengan gerentor juga. Akhirnya, July 2015 dapatlah Myvi PMD. Alhamdulillah. Just Myvi 1.3 without gerentor.

Dah ada baby PMD ni, kena betul betul urus gaji sendiri. Dapat gaji, 1st memang asingkan untuk hire purchase. 2nd baru guna untuk keperluan lain.

Saat ni, dah 4 bulan dengan baby PMD. Moga awak baik baik saja. Jangan banyak meragam ye sayang.

Wishlist Baby Myvi √
Next wishlist? Jeng jeng jeng..

Thursday, 21 May 2015

Life

Assalamualaikum ,

Dua tiga minggu ni otak beku nak buat karangan panjang panjang dkt sini. Mungkin faktor kerja sama. Stress dgn kerja. Busy dgn tempahan utk kek & dessert. Jadi otak heng utk blogging hihi *alasan

Alhamdulilah jugak sekarang dah dapat bantu family sikit demi sikit. Dapat bg duit kat mak abah, dapat beli brg keperluan rumah, dapat bantu adik adik, dapat jugak beli apa yang diri sendiri nak. Memang susah nak dapat duit. Kena kerja 23hari dlm sebulan dulu. Tak kira lagi dgn morning/noon shift. Dgn karenah customer. Aish kalau nak tulis semua ni memang banyak la tapi ini la sumber rezeki aku. Duit poket aku.

Insha Allah, selagi ada kudrat dan tenaga, selagi tu akan bantu mereka. Family comes 1st. Dulu kannn, waktu zaman poly selalu duk menghitung bila la nak habis belajar. Bilaa laa nak grad. Sebab tak sabaq nak kerja, nak cari duit utk kawin. *gatai

Tapi bila dah kerja, keinginan nak simpan duit utk kawin tu automatik tolak tepi dulu..sebab faktor utama kerja, nak tolong family. Nak bahagiakan mak abah dulu. Nak bg depa senang dulu. Dah rasa sampai waktu nanti baru pikiaq pasal diri sendiri. Nak kira depa punya pengorbanan dari baby sampai ke tua bangka mcm ni memang takkan terbalas. Sampai mati pun takkan boleh bayar pengorbanan mereka. *tq mak abah 😭

Friday, 8 May 2015

Ujian ada hikmah

Iman ada masa ia naik, ada masa ia jatuh.
Ada masa kita berjaya, ada masa kita rebah gagal.
Ada masa kita senang, ada masa kita merasa begitu susah.

Mengapa aku berasa susah?
Mengapa seperti pintu kejayaan aku masih terkunci rapat?
Mengapa aku tidak mudah menikmati bahagia?

Bukankah semua ini takdir Allah?
Mengapa Allah beri ini semua padaku?

Wahai insan,
Kita mudah lupa.
Masa berasa susah, kita sudah tidak nampak di mana kasih
SayangNya…
Kita tak perasan itu semua lagi.
Hanya tahu… Musibah itu hukuman!
Musibah itu kesusahan!

Bila kita mendapat kesusahan, kita dah tak nampak apa itu
kesenangan. Ya, tak ada masalah. Silalah menangis… silalah
merintih… silalah mengadu pada Allah.

We can complain to Allah.
But, Don’t we ever complain about Allah.

Para Nabi, semasa berasa begitu perit perjuangan mereka…
berasa begitu letih dengan ujian. Mereka selalu mengadu
pada Allah. Mereka menangis. Tapi, tidak pernah sekali
mereka mempersoalkan ujian Allah.

Menangis dan berduka bukan bererti kita tak sabar.
Mereka juga menangis. =)

Bila kita diberi ujian, berasa susah.. sangat susah. Kita
selalunya akan berusaha sedaya upaya untuk keluar dari
masalah itu.