Assalamualaikum. Kali ni nak share sikit pasal trip ke Langkawi dengan geng geng poly yang dah setahun lebih tak jumpa. Actually plannya 6 orang, tapi lagi dua orang ada problem sikit, so kami berempat jela yang jadiii. Kami p 3 hari 2 malam, 28,29 & 30 November 2015.
Malam 27 hb tu kami berkumpul dan bermalam di rumah mok. Sebab rumah mok kat kuala muda, dekat utk ke kuala kedah. Tq mok, tumpangkan kami semalaman di rumah hang! Malam tu terlampau lapaq, terus dinner steamboat kt D'fiesya corner di Bertam Kepala Batas. Rm17 je per person. Sedap & banyak pilihan. Highly recommended beb!
|
** Punya lapaq,,makan dari pukul 9 lebih sampai pukul 12am haha
|
28/11/2015
Pukul 7 pagi kami bertolak dari kuala Muda ke Kuala Kedah. Perjalanan memakan masa sejam setengah dengan tol RM8.50..
Sampai je kat jetty point Kuala Kedah, kami terus beli tiket ferry & menunggu waktu. Tiket ferry utk dewasa adalah RM23 seorang.
Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi agak lama jugak. Dua jam lebih. Tido bangun tido bangun, tak sampai sampai lagi. Sesampai je kt langkawi, Mr law jemput kami dan bawa ke hotel utk check in. Mr law ni owner coco top hotel. Kami sewa kereta dan bilik hotel dengan dia.
**harga hotel: RM60/SEMALAM
**harga kereta sewa: RM50/SEHARI
Kami diberi kereta saga flx auto. Total utk hotel & kereta sewa trip kali ni RM220 utk 3 hari 2malam. Murah kan? Hihi
|
**2 katil king. Cantik jugak. Not bad. |
Lepas letak barang barang, kami terus keluar cari makan. Lapaq sangat dah masa tu. Tempat utk kami lunch hari tu adalah Restoren Seashells Laman Padi. Tempat dia cantikk sangat. Makan sambil menghadap sawah padi. Makanan pon not bad, banyak. Harga pun berpatutan.
I |
**kami pilih set Nasi putih ayam utk 4 org (RM60) Nasi putih, ulam ulaman, telur masin, ayam, begedil, sup kosong, air asam & sambal belacan. Sedap!
Lepas semua kenyang, kembali bertenaga, kami terus ke Sky Cab. 2jam jugak beratur utk naik hahaha gagah!
|
Sebenarnya kan, ada pengalaman plg menakutkan masa naik Sky Cab ni. Masa naik dari perhentian pertama ke perhentian kedua, hujan lebat + guruh kilat + angin kuat sangat. Cable car tu berhenti di tengah tengah perjalanan. Kami di tengah2 udara. Takut sangat angin terlalu kuat sampai bergoyang goyang cable car kami. Setengah jam kemudian, hujan makin reda, kilat pun dah berkurang, cable car berjalan seperti biasa. Perasaan masa tu hanya Dia jaa yang tau. Macam macam dlm fikiran. Alhamdulillah, kami selamat turun dgn jayanya hihi.
Lepas dari sky cab, kami terus balik hotel utk berehat. Malam tu tido nyenyak sangat sebab terlalu letih hahaha.
29/11/2015
Awal pagi lagi dah semangat semua bangun nak ronda ronda Langkawi sebab malam tu dah terlebih cukup berehat. Hihi. Keluar dari hotel, terus cari breakfast. Kami pilih Restoren Terong Pekan Rabu.
**makanan kat sini special sikit nama dia. Antaranya roti canai bistik, kebab bistik, sandwich bistik, nasi lemak telur goyang. Utk pagi tu, kami try roti canai bistik & kebab bistik. Rm3.50 sepinggan. Highly recommended!
Dah isi perut, kami ke Dataran Lang pula utk bergambar.
Dah puas bergambar, kami terus ke Haji Ismail group utk shopping coklat dan buah tangan utk dibawa balik. Saat paling di tunggu tunggu hahaha kami spend 3 jam utk memborong disini sahaja. Harga agak berbeza dari 5 6 tahun sebelum ni. Tapi tetap nak beli jugak kan.
Haaa tengokk! Terliur kan. Rasa semua nak beli. Rasa geram bila semua jenis coklat depan mata kan. Meluat! Hahaha Penat jugak pilih pilih coklat ni. Dah penat shopping, kami balik ke hotel dulu utk rest & solat zohor.
Selepas zohor, kami ke makam mahsuri. Harga tiket utk masuk ke makam mahsuri rm10 utk dewasa. Selepas ke makam mahsuri, kami ke kilang gamat nusantara. Kat sini pun rambang mata nak pilih gamat. Rasa semua nak beli.
Ni je sempat snap gambar sebab terlalu teruja tengok setiap kelebihan gamat yang bermacam jenis. Best!
Dari kilang gamat, kami ke Airport pula utk pekena Laksa ikan sekoq. Sumpah sedap tak tipuu. Rasa tak cukup sepinggan.
**sepinggan rm5 sahaja. Sambil makan tepi airport ni, pekena angin pantai dgn laksa sedap mcm ni mmg perghhh tak terkata aa kan. Highly recommended!
Kemudian kami ke Pantai Chenang utk bersiar siar amik angin. Actually kami nak ambik pakej island hopping tetapi memandangkan cuaca agak menyedihkan dan balqis yang mabuk laut. Hihi kami batalkan hasrat utk island hopping. Kami just jalan jalan di tepi pantai, bergambar dan berbual. Kemudian kami pulang ke hotel utk berehat.
Malamnya pula kami keluar utk mencari dinner di The Vogue Pekan Rabu. Kedai ni memang cantik sangat, harga pun taklaa mahal sangat. Just nice orang kata hehe
Nampak mcm sedap kan? Hihi
30/11/2015
Pepagi lagi kami ke jetty utk beli tiket ferry utk pulang. Sementara menunggu ferry, kami ke Restoren Terong lagi utk breakfast. Nampak tak yang kami ni eksited sangat nak cuba makanan makanan di restoren ni. Hihi kali ni kami try nasi lemak telur goyang & sandwich bistik. Tak mengecewakn. Memang sedap dan murah.
Lepas breakfast, terus kami berlari ke ferry sebab dah terlewat sangat punya kusyuk duk makan + sembang hihi
**bye bye Langkawi. Jumpa lain tahun yaa. Insya Allah.