Friday, 8 January 2016

Memories in 2015

Assalamualaikum 2016,

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah berginjak ke tahun baru. Umur pun baru! Hiksss..

Alhamdulillah jugak buat semua kejayaan & kenangan di tahun 2015.

1st - Join Easy RHB sebagai sales executive (16/02/2015). Bekerja dalam bidang sale ni sebenarnya agak mencabar. Mencabar dalam mengejar target setiap bulan. Mencabar untuk handle semua peel customer. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku..aku dapat banyak sangat ilmu disini. Chewahhhh!

2nd - Dapat penuhi wishlist yang paling besar, iaitu Myvi PMD. Alhamdulillah. Ni jugak berkat kesungguhan aku nak beli kereta sendiri akhirnya tercapai. Takdelaa Honda, Mazda, Audi kan. Aku mampu beli Perodua je. Asalkan berbumbung dan mampu bayar. Itu je yang aku nak! Kalau beli kereta mahal mahal tapi tiap2 bulan poket kering pun tak best jugak kan.

3rd - Alhamdulillah poket tepi aku iaitu business aku makin laris. Makin maju. Tak kesah lah untung ciput ciput pun, janji ada duit masuk. Takde laa harap tengok duit keluar je kan? Kalau 1 barang untung Rm5, kalau dah 100 barang terjual, tak ke Rm500? Taktau kenapa, aku terlalu berminat dalam bidang berniaga.

Harapan, tahun 2016 akan terus dilimpah kan rezeki yang halal, dikurniakan kesihatan yang baik & moga aku terus belajar untuk mengejar jalan yang redhai-Mu. Aminnnn :)

**9/10 rezeki datangnya dari berniaga. Doakan satu hari nanti aku dapat buka kedai untuk berniaga sendiri. Thanks God. U make my 2015 wonderful with hidayahMu.

Xoxo,
Munirah hanim yang comel ..