Thursday, 11 April 2013

Lan Todak

Salam Jumaat kawan-kawan,

Minggu ni penuh new feed facebook, twitter pasal Kes Buli Ketua Kelas . 
Hot jugakk laa berita minggu ni dengan video tu walhal kes tu dah selesai sebulan yang lepasss. 
Budak-budak yang bersalah dah pun kena buang sekolah dan kena hukuman yang sepatutnya. 

So, buat apa kita nak Bash orang lagi kan? 
 Kalau iya pun dorang bersalah, tu masalah dorang dengan mangsa dan Allah. 
Kita ni siapa nak judge orang yang kita tak pernah kenal pun kan.
 nak hukum-hukum orang kenapa? please laa. masing-masing pernah buat salah.

 kes ni boleh dijadikan pengajaran untuk budak-budak sekolah yang lain. 
Untuk adik-adik, kalau ada yang tak puas hati bagai, jumpa face to face,
 slow talk baik-baik.
 tak perlu guna kekerasan.
 kekerasan tak boleh menyelesaikan masalah pun. 

Dan akal pun tak perlu laa cetek sangat. 
dah buat salah tu jangan laa nak rakam-rakam video bagai... 
kalau video-video tu terlepas dekat tangan orang yang tak bertanggungjawab acano?
 demo jugak yang merano nanti kan

Aku percaya, mereka-mereka yang bersalah pun mesti dah menyesal sekarang.
 Gila tak menyesal. Video tu satu Malaysia tengok kot.
 Muka mak bapak jugak malu. Kesiann dekat parent...

Okey, harap kes ni tak berpanjangan lagi..
Untuk manusia-manusia yang suka maki hamun sesama manusia tu
pleaseeee laa stop benda-benda ni.
The pass let it pass
 Tak guna nak bash orang walhal kita sendiri pun tak sesempurna mana.
 Bagi dorang peluang untuk tebus balik kesalahan yang dorang pernah buat okey ?
goodbye, Assalamualaikummm :')








Wednesday, 10 April 2013

Side Income

Assalamualaikum,

Selain buat kerja part time sebagai promoter di Aeon Big prai, aku juga ada buat extra side income. extra side income ni dapat dengan cara berblogging ataupun online. Ada lah sikit-sikit pengetahuan tentang Nuffnang , Churp-Churp , dan Says although aku bukannya aktif sangat pun dalam berblogging. Tapi aku suggestkan kepada semua blogger-blogger, daftarlah account-account ni sambil-sambil berblogging kan. tak salah pun, income pun dapat walaupun tak banyak. hikhikhik :') Jadi aku nak share sikit laa pengetahuan yang aku ada tentang semua-semua ni. 



CHURP-CHURP


Okey, bagi aku Churp-churp ni salah satu account yang paling berbaloi. Bagi aku laa kan. kenapa? sebab 1 klik = RM 0.20, kalau dah 100 orang klik tak ke banyak tu? untung kan. So, bagi anda yang diluar sana, daftar lah account Churp-churp ni dengan segera. Free je. aku pun dah daftar. Hasil yang aku dapat tak laa banyak lagi. tapi berbaloi laa kan dari online kosong tak dapat ape kan. Caranya senang je, dengan hanya share iklan-iklan yang terdapat di Churp-Churp di facebook anda, twitter mahupun blog. Tak menyusahkan pun :)




hikhik, baru RM21.20 earning yang aku dapat. kena cari lagi RM78.80 untuk Cashout kan. 

ni contoh-contoh link iklan Churp-churp yang ada, bole click kalau nak:
  1. Darlie Find
  2. Sunsilk Girl Search
  3. DiGi Buddyz
  4. Pringles Bowling
  5. Popular Book
  6. Magnum Pleasures
banyak kan iklan-iklan Churp-Churp ni? cuma kita je yang kena rajin sikit kalau nak lebih. Apa tunggu lagi, daftar laa sekarang. klik sini untuk daftar. 


NUFFNANG

Okey, Nuffnang pula paling sesuai untuk rakan-rakan yang ada blog sahaja. Ramai orang cakap earning Nuffnang memang lambat sikit nak naik. tapi kalau sekali naik memang banyak. betul ke idak, aku taktawu laa. sebab aku pun baru sebulan mendaftar. hihi. Yang penting bila anda daftar Nuffnang, anda kena dapatkan STATUS GLITTERATI dan cuba dapatkan sebanyak mana mungkin bilangan visitor di blog anda untuk mendapatkan BUFFERED EARNINGS (BE)

apa itu BE?

BE adalah satu jenis iklan di mana bloggers dibayar mengikut unique impression yang dibeli oleh advertiser. Apabila BE sudah tamat tempoh, ia akan menjadi metered earning dan nilainya akan di masuk kan ke dalam pendapatan semasa (current earnings). BE ni adalah jenis iklan yang tidak bergantung kepada click on ads untuk menaik kan earning nya, tetapi bergantung pada jumlah unique visitor anda.

Tapi kan, aku belum pernah lagi dapat BE from Nuffnang. Nuffnang, bila nak kasi saya BE? *buat muka comel* kiki. takpe, yang penting kena rajin mengupdate blog dan bersabar. kan Nuffnang kan?


nahh, tengok, baru RM0.50 *muka sedih*. Lagi RM99.50 baru bole cashout. Lambat lagi der. Untuk mendaftar Nuffnang, klik sini



SAYS

Okey, account Says ni lebih kurang Churp-Churp juga. 1klik= RM0.20. kita wajib rajin mengesharekan iklan-iklan Says di facebook, twitter atau blog. cuma iklan nya tak sebanyak Churp-Churp. hihi, untuk mengdaftar Says, klik sini . free je. jangan risau yang penting kena rajin. tu jee :')


RM6.40 . Inilah hasil yang aku dapat sepanjang sebulan mendaftar Says. okey lettew kan? tapi Says ni lain sikit dari Churp-Churp. Kalau total earning dah cukup RM50, kita dah bole cashout kan. best kan? try laa :')

Ni contoh iklan daripada Says, bole click kalau nak :
  1. Nenek PRU13



okey, setakat ni saja review tentang Churp-Churp, Nuffnang dan Says. Entry lepas ni aku akan ajar cara-cara nak daftar Account-Account di atas dan cara-cara nak share iklan-iklan tersebut. maafkan hamba kalau ada tersalah info atau bicara. sekian, Assalamualaikum :) hihihi




Monday, 8 April 2013

Hero Burger Bakar


assalamualaikum,

Nampak tak, awal-awal entry lagi aku dah letak banner Hero Burger Bakar yang paling meletup tup tup kat penang sekarang. famous amos sangat burger ni kat penang, so aku pun fly ke sana untuk try. kedai ni terletak di Astaka Stadium Bandaraya. Kalau naik ferry untuk ke sana, memang tak jauh pun dengan stadium tu. dalam 10 minit bole sampai. sebenaqnya aku tak pernah pun sampai ke stadium tu. kira first time laa malam tu ke sana.kikiki, nama jaa duk penang. tapi tak jelajah penang sehabisnya lagi :')





okey, ini adalah menu-menu yang terdapat di Hero Burger Bakaq. harga yang paling murah sekali RM6.50. sumpah sedap bak hang. kalau kena bayaaq RM10 pun aku sanggup. kiki, nampak tak aku sangat suka bab bab makanan ni. 




tara, ini burger yang aku pesan. nampak sedap kan? memang sedapppppp pong ! saja nak tayang. meleleh dak tengok burger ni? hihi. akhirnya makan sampai perut kenyang & malas nak berjalan. ambikkk kaw! kiki. for ur information, kedai ni buka setiap hari kecuali hari selasa pukul 6 petang sampai 12 malam.

okey, setakat ni je review untuk kali ni.
thanks awak, belanja saya makan. nanti nak lagi burger ni. tapi nak try dekat tempat lain pulakkk :') hehehe

p/s: sedap ! tak percaya? try laa dulu :') sangat puas hati okey. selamat mencuba. assalamualaikum ~


Sunday, 7 April 2013

1st Giveaway by Nabihah Ahmad

Assalamualaikum kawan-kawan blog semua,

Satu Giveaway yang sangat-sangat gempakkk daripada Nabihah Ahmad ! hadiah sangat-sangat awesome. hihi, saje je laa try nasib kan. mana tahu rezeki aku ada dalam 31 pemenang yang di cari kan? :')

taraa, like banner di atas untuk join ye?


syarat-syarat penyertaan sangat laa simple. tak salah kalau kita mencuba kan? hihi.


Senarai Hadiah

3x Doodle Sticker Set by Nabihah Ahmad (3 pemenang)
2x Dress by Cik Cempaka (2 pemenang)
3x Bookmark by CCI (3 pemenang)
3x Brooch by Eymasu (3 pemenang)
3x Felt Keychain FB Icon & 3x Mustache Bookmark by Nadia Natasya (3 pemenang)
1x Topup RM5 by Iehahfarihah (1 pemenang)
1x Shawl Trible by Faezah Eza(1 pemenang)
2x Topup RM5 Maxis by Shazillah Sani (2 pemenang)
1x Baju Polo Merah -bukan ori- by Shada Rainza(1 pemenang)
2x Topup Celcom RM5 by Athirah Wardah (2 pemenang)
1x Topup RM5 by Keyme Keymoo (1 pemenang)
3x Topup RM5 Celcom by Nasuha Nasseruddin (3 pemenang)
2x pcs Nose Pore Strip Arya Addin (2 orang pemenang)
3x Notebook by Syamimie Johari (3  pemenang)
2x Shawl by Hanana Valley Collection (2 pemenang)



Cara Pemilihan

-Top Refferal 1(Shawl Trible & Dress)
-Top Refferal 2(Dress)
-Cabutan bertuah 


Tarikh Penyertaan

Tarikh mula 05.04.2013(Jumaat)
Tarikh tamat 13.04.2013 (Sabtu)
jam 11.30 malam


so, apa tunggu lagi wahai rakan blogger. jum sama-sama join 1st Giveaway by Nabihah Ahmad ni. good luck everyone ! Assalamualaikum,