Wednesday, 6 March 2013

Bisness kecil-kecilan

Assalamualaikum dunia :')

Hari ni ada sesi mempromot sikit ye. kiki. actually the owner blog nih ada la buat bisness sikit. sikit je. tak laa banyak sangat pun. untung pun takde laa manyak. cukup la untuk beli keperluan diri yang teringinkan apa-apa. dah besau kan, malu nak minta duit kat mak abah. except dorang yang bagi. so pepandai laa cari duit lebih sikit. Alhamdulilah, dengan usaha sendiri. hihi.

  1. first, kita ada jual shopalalas perfumes. macam macam jenama adoo. 
cth: Victoria's Secret, Dunhill, Polo, Gucci, Dior, Nina Ricci, cK, Katty Perry, Paris Hilton, Eternity, Escada, Chanel, DKNY, Hello Kitty, Versace, Boss and etc.

Harga sangatlah berpatutan. Its Dubai duty free. Original pun ada taw. boleh laa bagi hadiah dekat adik, kakak, abang, mak ayah, bf/gf. kikiki

ni serba sedikit gambar perfume yang dijual. selebihnya, silaa add di sini  =) . kikiki


2. saya juga ada menjual Tudung Bawal Plain Candy. Harga tak laa mahal sangat pun. rasanya semua orang mampu. standard harga kedai je.

tadaaa, ini lah colours yang ada. semuanya 60 colours. awesome kan? kiki


3. saya juga menjual Half Moon Plain. murah sangat. hanya dengan harga Rm12. berminat? boleh order di fb saya ye.


15 colours



4. selain perfumes & tudung bawal, saya jugak ada menjual Sabun Hirudo Limau Purut.


kelebihan menggunakan sabun ni:-
  • hilangkan kelemumur & jerawat & jeragat & bau badan.
  • menegangkan kulit & hilang kedut
  • menghaluskan & memutihkan kulit
  • anti penuaan & awek muda.


4. ini pula adalah stock Coming Soon. takde lagi. tapi akan dijual tidak lama lagi. 


  • bawal printed
  • bawal leapord
  • bawal polkadot
  • bawal stripe
  • bawal roses

Okey, setakat ni saja sesi mempromot untuk kali ni. boleh terjah semua-semua ni di fb saya 
selamat menjamu mata :') . Assalamualaikum.

CLICK SINI

------------------->



Monday, 4 March 2013

Charcoal mask

Assalamualaikum, hye hye & hye semua :')

Macam mana starting of March untuk hampa semua? Hope everything goes well. Dan hope jugak rezeki semakin bertambah bulan ni ye. Amin amin ya Rabbal alamin. Okey, go to the entry ye. Penah dengar or try guna tak charcoal mask nih? Alaa hat macam krim warna hitam tuh. hihi, jakun 2 minit. Ia diperbuat daripada alam semulajadi iaitu Arang. Actually aku dah lama dengar or survey charcoal mask ni dari blog & en. Google. Cuma belum berkesempatan untuk membelinya. Kiki, macam busy aje bunyinya.

Okey, sebenarnya Charcoal Mask berlambak-lambak di watson or guardian. Macam-macam jenis ada. Tapi aku suggestkan korang pegi cari dekat kedai Daiso Japan. Bukan dekat Jepun ye, dekat Malaysia pun ada. Kalau di Penang, Daiso Japan ni ada di Queensby Mall. Kalau kat tempat lain tu search Maps ye. Hehe. Macam-macam barang boleh di dapati dalam kedai Daiso nih. Kecuali baju. Harga tersangat-sangat murah. Konfem semua orang mampu. Everything just Rm5. Bapak murah kan? Sesi mempromot pulak. Kiki. Disebabkan murah, aku pun grab ler satu botol charcoal mask ni. Satu je k. Buat apa banyak-banyak kan.kiki.



Kelebihan menggunakan charcoal mask ini adalah, jeng jeng jeng....

  • untuk menyingkirkan Blackhead
  • untuk menyingkirkan Whitehead
  • untuk mengatasi masalah kulit berminyak


Okey, meh aku ceritakan cara penggunaannya pula,,,


  1. first of all, oulss kena beli dulu lah cahrcoal mask ni kan, kiki
  2. cuci muka anda mengunakan pencuci muka seperti biasa.
  3. bilas muka dengan air suam. air suam okey, bukan air panas! tujuannya utk buka liang roma muka anda.
  4. sapu charcoal mask nih seluruh muka anda kecuali mata, mulut, kening. sapu tebal-tebal pon takpe. senang sikit nak tarik nnt.
  5. biar dia kering selama 20 minit.
  6. bila dah kering, korang tarik mask tadi dari bawah dagu ke atas. perhhh, memang meleleh air mata gua !
  7. lastly, sapu Toner pada keseluruhan muka untuk tutup balik liang-liang roma anda. kikiki
* Boleh guna dua minggu sekali yer..


Dalam entry ni takde pulak aku letak gambar aku pakai Charcoal Mask ni. Bukan apa, buruk benau jadinya. Macam orang minyak pun ada. Tapi memang tak rugi lah guna Charcoal Mask nih. Muka jadi lembut jee, hihihi. try ler kawan-kawan untuk tahu hasilnya :')


Okey, setakat ni saja entry untuk kali ni. Selamat mencuba. Assalamualaikum.

CLICK HERE
--------->

Sunday, 3 March 2013

BB1M 2013

Assalamualaikum wbt :')

Ampa semua dapat dak g BB1M? Maksud kami, Baucer Buku 1 Malaysia tu r. Mesti dapat lama dah kan? Kiki. Maklum la, kami ni sedang berpraktikal sekarang. Agak terlewat dapat. Minggu lepas kami call lecture kami, tanya berkenaan voucher & kad siswa pelajar bagi student yang sedang berpraktikal. Lecture cakap wajib datang poly, amek byself. Tak boleh pas suruh member yang amek kan? What? Kena p sendiri? Ohh okey! Lagi satu lecture pesan, if tak datang amik dalam masa seminggu, voucher tu akan jadi hak milik dia. Double what? Memang tak la aku yang baik hati ni nak bagi kan. No way, no way, no way ! Kiki, gedik dua minit. Dengan pantasnya aku bersama kawan & kawan pun bertolak pergi Behrang 1/3 baru baru nih. Siap amek cuti lagi. Nampak tak betapa semangatnya kami. Kiki.

Sesampainya kami di sana,kiki, ayat tak bleh belah kn? Kami terus serbu HEP. tahu tak apa itu HEP? ala, Hal Ehwal Pelajar laa. Dalam sejam jugak la berurusan dengan pihak HEP untuk mengambil baucer & kad siswa.
Akhirnya,

Tadaaa ni diaaa :')



















Lepas settle segalanya, kitorang pun bertolak balik penang. Rasa macam tak berbaloi je datang jaoh jaoh semata-mata untuk amik benda-benda tuh. Tapi dalam masa yang sama, rasa seronok jugak sebab voucher tuh tak dapat buta-buta je kt lecture. Kedekut kan aku? lantak lah. Hak kite. kikiki
Keesokkan harinya, aku bawa adik aku terus serbu Hasani Bookstore. Kat Carrefour je pung. Aku bajet nak habiskan Rm100 dulu dari voucher yang aku dapat. Susah gila peraturan guna voucher kali nih. Sumpah stress. If guna voucher Rm100, wajib guna Rm80 untuk buku dan selebihnya untuk stationary.g Bapak kedekut lah! Nak fenink aku nak bajet voucher tuh.
Tapi dengan berkat kesabaran aku, berjaya jugak aku beli dua buah novel dengan baucer tuh. Kiki.
Ni haa novel yang aku maksudkan



Selebihnya, aku beli buku-buku nota & latihan serta serba sedikit stationary untuk adik-adik aku. Baik kan aku? Kiki.

Tadaaaa,














Disebabkan aku berjaya menghabiskan Rm100 voucher buku d Hasani, pihak Hasani berbaik hati bagi free gift Rm10 untuk aku shopping lagi. Yahoo, terima kasih daun keladi, esok lusa bagi lagi naa :')


Ok. Selesai membebel untuk entry kali ni. Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum wbt :')