Tuesday, 14 April 2015

Throwback

Korang, korang rindu aku tak?

Korang, ingat lagi tak kita sama sama tunggu bas tepi jalan nak g kelas?

Korang, ingat lagi tak kita selalu g kl, rawang, tapah habiskan duit  & masa bersama?

Korang, ingat lagi tak kita busy cari resepi waktu nak masuk pertandingan memasak last minute?

Korang, ingat lagi tak kita selalu terasa hati dgn mulut memasing?

Korang ingat lagi tak semua kenangan kita 3 tahun dkt Politeknik Sultan Azlan Shah?

Korang jangan lupa aku ye. Jaga diri semua. Friendship will last forever.

Saturday, 11 April 2015

Asus fonepad 7 new

Alhamdulillah. Bulan 3 dah dapat capai salah satu wishlist for this year. New gadget. 😄 pengganti Xperia Miro yang dah tua & nazak tu. Semua atas usaha sendiri utk dapatkan apa yang aku impikan.

No more menyusahkan mak abah. No more nak mintak duit mereka. Nak sesuatu, usaha dulu. Sebenarnya masa memula nak bli brand Asus,fikir banyak kali jugak. Yelah, semua sedia maklum, Asus utk laptop memang the best! Tapi utk handphone/tab takot jugak nak beli. Dua minggu jugak survey fonepad Asus ni. Akhirnya jatuh cinta jugak dgn asus.

Fonepad 7 ada dua tau. Version lama dan baru. Yg lama camera dkt tengah. Yg version new camera di hujung kanan dan sgt nipis. Aku pilih fonepad version new.

Overall, sangat berpuas hati dgn Asus ni. Sesuai utk orang yg gila internet/laman sosial mcm aku. Hahaha harga aku beli haritu full set RM590. Dual sim. Intel inside. Dan aku pilih colour gold 😉

Ni sedikit review tentang fonepad 7 new.

It is just 7.9mm thick and has a new design, compared
to last year’s Fonepad 7 that was 10.7 mm thick.
Memory of the tablet have also been upgraded. This
year’s model comes in 8GB or 16GB SKUs depending on
the region. It has 3G connectivity, dual SIM support and
voice calling capabilities.

Asus Fonepad 7 (FE171CG) specifications:

✔7-inch (1024 x 600 pixels) IPS display with Anti-
Fingerprint Coating, 178-degree wide viewing angle
✔1.2 GHz dual-core Intel Atom Z2520 processor with
PowerVR SGX544 GPU
✔1GB / 2GB RAM, 8GB / 16GB internal memory,
expandable memory via microSD
✔Dual SIM with dual standby
✔Android 4.4 (KitKat) with ZenUI
✔8MP / 5MP rear camera
✔2MP front-facing camera
✔7.9mm thick and weighs 280 grams
✔3G HSPA+ (with voice calling), WiFi 802.11 b/g/n,
✔Bluetooth, GPS
✔3950 mAh battery

The Asus Fonepad 7 (FE171CG) comes in Black, White,
Gold and Red colors. Asus will also sell MagSmart Cover
for the tablet separately. No word on pricing or
availability yet.

Saturday, 4 April 2015

Team Easy Rhb

Assalamualaikum 😁

Rajin pulak update belog sejak download app blogger dalam tab ni. Hihi

Dulu masa keja dkt Nores Industries Sdn Bhd, tahan ja telinga dgn caci maki dari my senior. Biasalah, jawatan sbg Assistant Purchasing Clerk je kan. Dah nama assistant, memang depa layan kita pun standard asst je lah. Tapi 8 bulan jugak rupanya aku bertahan di situ, mcm2 kenangan pahit dan manis. Salah satu kenangan manisnya, for the 1st time accident masa ontheway balik dari kerja. Muka bengkak. Tangan kanan patah. Luka sana sini. Allahuraabbi. Kenangan yg tak mungkin aku lupakan. Pengalaman byk dapat dkt sana. Kawan kawan yg superb best 👍

*kak nurul, kak sue, kak ika, miss suzan, miss lai, roza, jangan lupakan irah tau. Tq sbb banyak kongsi pengalaman dgn irah, kongsi bermacam cerita, gosip gosip dan segalanya lah 😭 *lap airmata + hingus!

Alhamdulilah, dgn tidak sengajanya hantar resume dkt Easy Rhb Tesco Sbrg Jaya, dapat interview dan offer letter. Alhamdulilah, gaji memuaskan. Tapi gaji bukanlah yang aku kejarkan. Pengalaman yg penting. Manager ckp "Why not you grab this job. Not everyone get the oppurtunity. You must proud to yourself. You are banker now. "

InsyaAllah, aku akan kerja sebaik mungkin grab peluang yg ada. Utk bantu mak abah. Adik adik. Kakak. Tanggungjawab aku besar sekarang. Because i m the only one anak yg bekerja, yang lain masih belajar. Masih perlukan duit. I will help them. 😃

Sekian,

Coretan yang paling bosan dari gadis biasa yg comel hiks 😁

Friday, 3 April 2015

22

Assalamualaikum rakyat bumi.

Sedar tak sedar dah pun berumur 22tahun 5 hari hehehe dah besau rupanya. Dah matang. Dah boleh pikir baik buruk. Dan yang penting, semakin bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab iols. Alhamdulilah 😀

Dulu pikir nak keja, nak simpan duit nak kahwin. Sejak dah besar ni, besar ke? Hehe pikir nak keja, nak tolong mak abah. Nak bantu adik adik. Pastu baru pikir nak kahwin. Ade ke yg nk kahwin dgn i ni? Hiks 😍

*b nak kahwin dgn beby tak? Mst la nak sayang 😄

Tq mak abah utk segalanya selama 22 tahun. Utk kasih sayang, pengorbanan, & harta benda dari mak abah utk kami adik beradik. Yes, takkan terbayar segala pengorbanan kalian. Tapi kak ngah try semampu mungkin utk bahagiakan kalian

*utk ♥ , thanks selalu di samping saya di saat suka & duka kita. Moga kita dijodohkan. Kalau tiada jodoh antara kita, moga kita ada jodoh jugak hihi 💏

"Happy Birthday to me"

Xoxo..

Thursday, 1 May 2014

1st cashout from 8share

Assalamualaikum. 

Dah lama tak hapdate belog nii. Maklumm laa tersangat busy dengan menjadi pelajar semester akhir.
Akhir ke? InsyaAllah yang terakhir kot. Mintak mintakkk takdak subject yang kena repeat. Doakan aku kawan-kawan. Harap aku dapat tamatkan diploma in electrical engineering dengan baik, Amin amin amin :')

Back to the entry title, sapa sapa tau tak apa itu 8share? 8share tuuu satu account yang memerlukan kita share segala iklan-iklan dia. Dan RM0.20 per unique click. Meanss sesapa saja yang click iklan-iklan yang aku selalu share dekat Facebook Twitter semua tu, akan masuk dlm acc 8share aku, Tenkiuuu utk sesapa yang selalu click kan :)

 

ni laman web 8share yang aku maksudkan. sesapa jaa bole join  


Dari June 2013 lagi aku joinn 8share ni. Tapi agak malas nak share iklan2 dia. 2014 tetiba jari jemari aku rajin sesangat share semua iklan dia. Dannnnnnn March 2014, earning 8share aku dah cukup utk cashoutkan. (RM50 jee). Alhamdulillah syukurr sgt masa tu sbb time tu memang tgh terkering gila purse i tauuu. kikiki






 
ni iklan-iklan yg aku maksudkan.


Sejak dah pernah cashoutkan, semakin rajin pulakkk aku nak main dgn 8share ni hari2. hihi berkat usaha aku, alhamdulillah, earning semakin hari semakin banyakkkk !





 
Earning baru selepas cashout!

  1. Wanna do something fun? click here.
  2. Wanna try final grand prize? Click here 
  3. Win a chance to fly a plane, only for ladies! Click here