Monday, 4 March 2013

Charcoal mask

Assalamualaikum, hye hye & hye semua :')

Macam mana starting of March untuk hampa semua? Hope everything goes well. Dan hope jugak rezeki semakin bertambah bulan ni ye. Amin amin ya Rabbal alamin. Okey, go to the entry ye. Penah dengar or try guna tak charcoal mask nih? Alaa hat macam krim warna hitam tuh. hihi, jakun 2 minit. Ia diperbuat daripada alam semulajadi iaitu Arang. Actually aku dah lama dengar or survey charcoal mask ni dari blog & en. Google. Cuma belum berkesempatan untuk membelinya. Kiki, macam busy aje bunyinya.

Okey, sebenarnya Charcoal Mask berlambak-lambak di watson or guardian. Macam-macam jenis ada. Tapi aku suggestkan korang pegi cari dekat kedai Daiso Japan. Bukan dekat Jepun ye, dekat Malaysia pun ada. Kalau di Penang, Daiso Japan ni ada di Queensby Mall. Kalau kat tempat lain tu search Maps ye. Hehe. Macam-macam barang boleh di dapati dalam kedai Daiso nih. Kecuali baju. Harga tersangat-sangat murah. Konfem semua orang mampu. Everything just Rm5. Bapak murah kan? Sesi mempromot pulak. Kiki. Disebabkan murah, aku pun grab ler satu botol charcoal mask ni. Satu je k. Buat apa banyak-banyak kan.kiki.



Kelebihan menggunakan charcoal mask ini adalah, jeng jeng jeng....

  • untuk menyingkirkan Blackhead
  • untuk menyingkirkan Whitehead
  • untuk mengatasi masalah kulit berminyak


Okey, meh aku ceritakan cara penggunaannya pula,,,


  1. first of all, oulss kena beli dulu lah cahrcoal mask ni kan, kiki
  2. cuci muka anda mengunakan pencuci muka seperti biasa.
  3. bilas muka dengan air suam. air suam okey, bukan air panas! tujuannya utk buka liang roma muka anda.
  4. sapu charcoal mask nih seluruh muka anda kecuali mata, mulut, kening. sapu tebal-tebal pon takpe. senang sikit nak tarik nnt.
  5. biar dia kering selama 20 minit.
  6. bila dah kering, korang tarik mask tadi dari bawah dagu ke atas. perhhh, memang meleleh air mata gua !
  7. lastly, sapu Toner pada keseluruhan muka untuk tutup balik liang-liang roma anda. kikiki
* Boleh guna dua minggu sekali yer..


Dalam entry ni takde pulak aku letak gambar aku pakai Charcoal Mask ni. Bukan apa, buruk benau jadinya. Macam orang minyak pun ada. Tapi memang tak rugi lah guna Charcoal Mask nih. Muka jadi lembut jee, hihihi. try ler kawan-kawan untuk tahu hasilnya :')


Okey, setakat ni saja entry untuk kali ni. Selamat mencuba. Assalamualaikum.

CLICK HERE
--------->

No comments: