assalamualaikum,
Nampak tak, awal-awal entry lagi aku dah letak banner Hero Burger Bakar yang paling meletup tup tup kat penang sekarang. famous amos sangat burger ni kat penang, so aku pun fly ke sana untuk try. kedai ni terletak di Astaka Stadium Bandaraya. Kalau naik ferry untuk ke sana, memang tak jauh pun dengan stadium tu. dalam 10 minit bole sampai. sebenaqnya aku tak pernah pun sampai ke stadium tu. kira first time laa malam tu ke sana.kikiki, nama jaa duk penang. tapi tak jelajah penang sehabisnya lagi :')
okey, ini adalah menu-menu yang terdapat di Hero Burger Bakaq. harga yang paling murah sekali RM6.50. sumpah sedap bak hang. kalau kena bayaaq RM10 pun aku sanggup. kiki, nampak tak aku sangat suka bab bab makanan ni.
tara, ini burger yang aku pesan. nampak sedap kan? memang sedapppppp pong ! saja nak tayang. meleleh dak tengok burger ni? hihi. akhirnya makan sampai perut kenyang & malas nak berjalan. ambikkk kaw! kiki. for ur information, kedai ni buka setiap hari kecuali hari selasa pukul 6 petang sampai 12 malam.
okey, setakat ni je review untuk kali ni.
thanks awak, belanja saya makan. nanti nak lagi burger ni. tapi nak try dekat tempat lain pulakkk :') hehehe
p/s: sedap ! tak percaya? try laa dulu :') sangat puas hati okey. selamat mencuba. assalamualaikum ~
No comments:
Post a Comment