Wednesday 10 April 2013

Side Income

Assalamualaikum,

Selain buat kerja part time sebagai promoter di Aeon Big prai, aku juga ada buat extra side income. extra side income ni dapat dengan cara berblogging ataupun online. Ada lah sikit-sikit pengetahuan tentang Nuffnang , Churp-Churp , dan Says although aku bukannya aktif sangat pun dalam berblogging. Tapi aku suggestkan kepada semua blogger-blogger, daftarlah account-account ni sambil-sambil berblogging kan. tak salah pun, income pun dapat walaupun tak banyak. hikhikhik :') Jadi aku nak share sikit laa pengetahuan yang aku ada tentang semua-semua ni. 



CHURP-CHURP


Okey, bagi aku Churp-churp ni salah satu account yang paling berbaloi. Bagi aku laa kan. kenapa? sebab 1 klik = RM 0.20, kalau dah 100 orang klik tak ke banyak tu? untung kan. So, bagi anda yang diluar sana, daftar lah account Churp-churp ni dengan segera. Free je. aku pun dah daftar. Hasil yang aku dapat tak laa banyak lagi. tapi berbaloi laa kan dari online kosong tak dapat ape kan. Caranya senang je, dengan hanya share iklan-iklan yang terdapat di Churp-Churp di facebook anda, twitter mahupun blog. Tak menyusahkan pun :)




hikhik, baru RM21.20 earning yang aku dapat. kena cari lagi RM78.80 untuk Cashout kan. 

ni contoh-contoh link iklan Churp-churp yang ada, bole click kalau nak:
  1. Darlie Find
  2. Sunsilk Girl Search
  3. DiGi Buddyz
  4. Pringles Bowling
  5. Popular Book
  6. Magnum Pleasures
banyak kan iklan-iklan Churp-Churp ni? cuma kita je yang kena rajin sikit kalau nak lebih. Apa tunggu lagi, daftar laa sekarang. klik sini untuk daftar. 


NUFFNANG

Okey, Nuffnang pula paling sesuai untuk rakan-rakan yang ada blog sahaja. Ramai orang cakap earning Nuffnang memang lambat sikit nak naik. tapi kalau sekali naik memang banyak. betul ke idak, aku taktawu laa. sebab aku pun baru sebulan mendaftar. hihi. Yang penting bila anda daftar Nuffnang, anda kena dapatkan STATUS GLITTERATI dan cuba dapatkan sebanyak mana mungkin bilangan visitor di blog anda untuk mendapatkan BUFFERED EARNINGS (BE)

apa itu BE?

BE adalah satu jenis iklan di mana bloggers dibayar mengikut unique impression yang dibeli oleh advertiser. Apabila BE sudah tamat tempoh, ia akan menjadi metered earning dan nilainya akan di masuk kan ke dalam pendapatan semasa (current earnings). BE ni adalah jenis iklan yang tidak bergantung kepada click on ads untuk menaik kan earning nya, tetapi bergantung pada jumlah unique visitor anda.

Tapi kan, aku belum pernah lagi dapat BE from Nuffnang. Nuffnang, bila nak kasi saya BE? *buat muka comel* kiki. takpe, yang penting kena rajin mengupdate blog dan bersabar. kan Nuffnang kan?


nahh, tengok, baru RM0.50 *muka sedih*. Lagi RM99.50 baru bole cashout. Lambat lagi der. Untuk mendaftar Nuffnang, klik sini



SAYS

Okey, account Says ni lebih kurang Churp-Churp juga. 1klik= RM0.20. kita wajib rajin mengesharekan iklan-iklan Says di facebook, twitter atau blog. cuma iklan nya tak sebanyak Churp-Churp. hihi, untuk mengdaftar Says, klik sini . free je. jangan risau yang penting kena rajin. tu jee :')


RM6.40 . Inilah hasil yang aku dapat sepanjang sebulan mendaftar Says. okey lettew kan? tapi Says ni lain sikit dari Churp-Churp. Kalau total earning dah cukup RM50, kita dah bole cashout kan. best kan? try laa :')

Ni contoh iklan daripada Says, bole click kalau nak :
  1. Nenek PRU13



okey, setakat ni saja review tentang Churp-Churp, Nuffnang dan Says. Entry lepas ni aku akan ajar cara-cara nak daftar Account-Account di atas dan cara-cara nak share iklan-iklan tersebut. maafkan hamba kalau ada tersalah info atau bicara. sekian, Assalamualaikum :) hihihi




2 comments:

roslianaroshada said...

wahh...tgin la..tapi xqety..ajaq aq weh..

Unknown said...

hehe, hang daftar lu account-account tuu munx. nnt langkah seterusnya aku ajaq k?