Sunday, 7 April 2013

1st Giveaway by Nabihah Ahmad

Assalamualaikum kawan-kawan blog semua,

Satu Giveaway yang sangat-sangat gempakkk daripada Nabihah Ahmad ! hadiah sangat-sangat awesome. hihi, saje je laa try nasib kan. mana tahu rezeki aku ada dalam 31 pemenang yang di cari kan? :')

taraa, like banner di atas untuk join ye?


syarat-syarat penyertaan sangat laa simple. tak salah kalau kita mencuba kan? hihi.


Senarai Hadiah

3x Doodle Sticker Set by Nabihah Ahmad (3 pemenang)
2x Dress by Cik Cempaka (2 pemenang)
3x Bookmark by CCI (3 pemenang)
3x Brooch by Eymasu (3 pemenang)
3x Felt Keychain FB Icon & 3x Mustache Bookmark by Nadia Natasya (3 pemenang)
1x Topup RM5 by Iehahfarihah (1 pemenang)
1x Shawl Trible by Faezah Eza(1 pemenang)
2x Topup RM5 Maxis by Shazillah Sani (2 pemenang)
1x Baju Polo Merah -bukan ori- by Shada Rainza(1 pemenang)
2x Topup Celcom RM5 by Athirah Wardah (2 pemenang)
1x Topup RM5 by Keyme Keymoo (1 pemenang)
3x Topup RM5 Celcom by Nasuha Nasseruddin (3 pemenang)
2x pcs Nose Pore Strip Arya Addin (2 orang pemenang)
3x Notebook by Syamimie Johari (3  pemenang)
2x Shawl by Hanana Valley Collection (2 pemenang)



Cara Pemilihan

-Top Refferal 1(Shawl Trible & Dress)
-Top Refferal 2(Dress)
-Cabutan bertuah 


Tarikh Penyertaan

Tarikh mula 05.04.2013(Jumaat)
Tarikh tamat 13.04.2013 (Sabtu)
jam 11.30 malam


so, apa tunggu lagi wahai rakan blogger. jum sama-sama join 1st Giveaway by Nabihah Ahmad ni. good luck everyone ! Assalamualaikum,

Thursday, 4 April 2013

Tanda-Tanda Nak Mati



  • 100 hari --> seluruh badan rasa bergetar.
  • 60 hari --> pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari --> daun dari pokok yang tumbuh di Arasy, yang terukir nama manusia akan luruh dan dikutip oleh Israel, lalu mengiringinya kepada yang akan mati serta mendampinginya sampai saat kematiannya.
  • 7 hari --> mengidam sesuatu untuk makan
  • 5 hari --> anak lidah bergerak-gerak.
  • 3 hari --> bahagian tengah dahi bergerak-gerak
  • 2 hari --> seluruh dahi bergerak-gerak.
  • 1 hari --> ubun ubun rasa bergerak-gerak.
  • saat-saat akhir --> rasa sejuk dari pusat hingga ke tulang

Practical

salam satu Malaysia :')

minggu ni adalah minggu ke 16 aku berpraktikal. thats mean, ada lagi 4 minggu je tinggal untuk habiskan practical ni. yayyyy ! sumpah bosan selama practical ni. yelaa, dalam ofis yang aku keja sekarang just ada 3 orang. aku, sorang kerani & bos. percaya tak? kikiki. hari hari aku sembang dengan kakak tu je. hari hari mengadap muka dia. dia tengok muka aku, aku tengok muka dia. besttt sangat, yayyy ! *gedik 2 minit.

Okey, cukup setakat tu kegedikkan ye. aku praktikal di syarikat kecil yang bernama Mansor W.K Enterprise. company apa tu? of course lar company elektrik kan..sebab aku pun course pure elektrik. actually aku tak buat pun kerja kerja wiring semua tuh. sebab aku ladies. so, bos cakap duduk dalam office suda. biaq laki laki semua buat kerja luar. okey, sekali lagi, yayyyy ! kikiki. elaun? tak laa masyukk sangat pun. RM100 sebulan. jadi laa kan daripada tak dapat langsung. alhamdulillah, rezekii :')


company ini lah aku akan berkhidmat selama 20 minggu.
 setiap hari isnin hingga jumaat jam 8.30 pagi sampai lah 5.30 petang. 


ini pulak, report harian yang aku wajib tulis setiap hari selama 20 minggu berpraktikal. 
see, dah hancur lunyai buku aku.
semua gara-gara bos yang kasaq sangat bukak laporan harian aku. kikiki


ni report mingguan yang wajib ditulis setiap minggu.
report ni adalah hasil ringkasan daripada report harian. 

report akhir & slide show untuk presentation 8hb Mei belum siap lagi. kemalasan melanda. maklum laa, lecture dah datang observe kan. hihihi. pejam celik, pejam celik, dah nak habis pun semester 4. tak lama lagi naik semester 5. macam tak percaya pun ada. kejap je masa berlalu kan?

p/s : Dear malas, tolong jauhi aku selama sebulan ni. Dear rajin, tolong hampiri dan dampingi aku :')

sincerely,
Munirah Hanim Abdullah.

CLICK THIS,
--------------->


Tuesday, 2 April 2013

Sweet Twenty

Assalamulaikum,

kenapa title sweet twenty? hihi, actually aku dah pun berumur 20 tahun pada 29 march 2013 ni. alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur aku untuk terus hidup sebagai hamba Allah. terima kasih mak abah sebab lahirkan kak ngah di muka bumi ni. tiba-tiba jadi sebak pulak. huhu, macam tak percaya kejap ja masa berlalu. tup tup dah 20 tahun. apa yang aku buat selama 20 tahun ni? apa bakti aku pada mak abah dan Allah sepanjang 20 tahun ni? astarfirullahhalazimmmm. insyaAllah masih ada ruang untuk kita semua berubah kan.

genap 29 march 2013 jugak tarikh mati untuk lesen P aku. yayyy ! tak perlu lekat lagi sticker P dekat kereta mahupun moto. bangga 2 minit, hihi..1 April terus aku pegi renew lesen. sebab rasa tak selamat pulak ke sana sini tanpa lesen yang hidup. kiki. Rm45 melayang, sob sobb :(


teruja dapat lesen baru. hihi. masih ada gambaq okey ! 


ni hadiah yang aku dapat sempena 20 tahun ni. thankss untuk "pemberi-pemberi" tersebut. thanks jugak untuk my twin Rasyiqah Hasanah untuk luangkan masa kejap berjumpa dengan irah. terharu ! dapat hadiah pulak tuuu. me love you. hihihi

okey, setakat ni saja kot entry untuk kali ni, thanks for reading. untuk member-member Uitm yang sedang exam, good luck okey ! do ur bestt, Assalamualaikummm :')

click this 
----------------->

Wednesday, 27 March 2013

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum,


Sehat? Kita baru lega dari demam selsema. 3 hari jugak laa. Bersin berpuluh-puluh kali. Alhamdulilaah sekarang dah sihat. Cuma selsema susah nak hilang lagi. Dua tiga hari sebelum demam selsema haritu, means minggu lepas, aku ada try buat oreo cheese cake. Okey, sumpah ni first trying aku. Sebab suke sangat dengan cake cake yang ada cheese ni, aku pun semangat nak try. Resepinya sangat simple. Tapi cost je yang mahal sikit. Kikiki, mana ada benda free dalam dunia ni kan? Okey, memandang kan elaun masih ada, aku pun terus ke kedai cake untuk beli bahan-bahan nya..


Dekat kedai cake ni aku ada sempat grab tatura cream cheese, oreo small crushed, yogurt natural, dan buttercup. Bajet nak buat cake ni dalam RM3+.

BAHAN UNTUK BASE:
·         30 keping oreo cookies yang sudah dibuang cream tengahnya (kisar halus)
·         ¼ cawan buttercup (cairkan)

Okey, tutorial untuk buat base dia dulu ye: 


1)      30 keping oreo cookies yang sudah dibuang cream tengahnya. Dikisar halus ye. Tapi untuk menyenangkan kerja anda anda semua, beli lah oreo small crushed yang dah siap dikisar mcm aku. Tak mahal sangat pun. Cuma RM9.40 .


1)      Kemudian, cairkan buttercup tak kesah nak boil kan ke apa, janji dia cair okey.
                    2) Then, campurkan oreo cookies tadi bersama sama butter yang cair tu.
                 3) After oreo dengan butter dah sebati, masukkan ke dalam loyang spring foam yang dah di griss dengan butter. Untuk memudahkan proses pengeluaran kek nanti.
                    4)  Tekan tekan biskut oreo tu sampai menutupi semua dasar loyang tu okeyy.
5) Simpan dalam peti ais selama 30 minit.


Faham x?


Okey,

BAHAN UNTUK FILLING:-
·         500gm cream cheese
·         ½ cawan gula halus
·         ½ sudu teh esen vanilla
·         ½ cawan yogurt asli
·         2 biji telur
·         1 cawan oreo yang dikisar


Toturial untuk buat base pula:

                         1)      Masukkan cream cheese, gula halus, esen vanilla. Putar dengan mixer secara sederhana sehingga sebati
2)      Masukkan yogurt asli. Putar lagi.
3)      Masukkan telur ayam sebiji demi sebiji. Putarrrrrr lagiii.
4)      Bila dah sebati, tuang ke dalam loyang foam yang kita buat base dia tadi.


5)      Simpan dalam peti selama 4 jam.

jeng jeng jeng,,
inilah hasilnyaaa...


kikiki, comot kan? takpa. first trying laa katakan. janji ada rasa cukup :')







Garfield

Assalamualaikum..


Garfield? itu nama kucing gue. Dia baby baby lagi. TP dia sangat nakal. Bila perangai nakalnya datang, saya rasa macam nak pijak pijak je then gantung dekat dinding. Tapi saya tak sampai hati. Sebab muka dia tersangatlah comel. Tak sanggup nak buat macam tu. Kadang kadang dia manja. Kadang kadang macam anak singa pun ada. Kiki.


taraaa, ni lah dia yang aku maksud kan. GARFIELD.
ni memang gaya dia tido okey. sungguh tak sopan kan? kiki.
aku rasa dia tido macam ni mungkin sebab perutnya yang sangat buncittttt !
makan banyak woo, tapi takpaa...

Kucing, kalau kita bagi makan dekat dia, dia akan doakan kemurahan rezeki untuk kita. Nabi Muhammad pun bela kucing.

Monday, 11 March 2013

New Things For Me

Assalamualaikum......

Pernah dengar tak pasal collegen Eye mask & Lips mask? okey, baru-baru ni aku ada usya-usya fanpage kawan sekolah aku dulu. Nama dia Farah Haninie. Dia ada buat bisnes Online. Macam-macam. Antaranya adalah Shishedo Black Mask, Collegen Eye Mask & Lips mask. Bagi aku, murah jugakk laa harga barang-barang yang dia jual. Free shipping pulakkkkks ! Aku pun grab ler 3pcs Eye mask, 2pcs Lips mask. 5pcs just RM15. free shipping. if beli bawah dari 5pcs, satu jadi RM4. untung kan? 2 hari lepas aku order, sampailah barang tu dengan Pos lajunyaaaa. laju sungguh ! kikiki



Malam tu dengan excitednya, aku terus pakai. 
Jeng jeng jengggg.
ini lah hasilnyaaa...

comeinya dok? hihihi

okey, actually aku tak taw pun untuk apa kegunaan Lips mask & Eye mask nih. saja rembat. duit banyakkk sangat ! HAHAHAHA. Aku pun dengan serajin-rajinnya search en.google tentang benda alah ni.

okey, fungsi Collegan Crystal Eye mask adalah untuk : 
  • Mengurangkan lingkaran hitam
  • Menyingkirkan keadaan bengkak
  • Mencegah + menghalusi penuaan di bahagian mata
cara penggunaan Collegan Eye Mask:
  • Cuci muka dengan bersih dan gunakan toner.
  • Lapkan sehingga kering
  • Pakai collagen mask ini selama 20 - 30 minit atau boleh digunakan semasa tidur (FOR THE BEST RESULT)
  • Buang patch secara perlahan & jangan tarik dengan kasar & JANGAN GUNA SEMULA
okey,fungsi Collagen Lips Mask pula adalah untuk:
  • The Lip Mask softens your lips,
  • exfoliates
  • repairs your lips and refines aging by cell regenerating. 
  • Deep moisturizing
  • wrinkle soothing.

cara penggunaan Lips mask sama je dengan Eye mask. senang, mudah dan sangat sejuk masa pakai benda nih. besttttt ! hihihi. untuk sebarang order or pertanyaan lanjut, boleh lahh korang view fanpage Farah ni -,-

okey setakat ni je sesi membebel untuk hari ni. thanks for reading this entry. Assalamualaikummm.