Thursday, 25 April 2013

Spend time with family

assalamualaikum, hai hai hai !

Ahad lepas, dengan tidak merancangnya, mak aku pagi-pagi lagi dah kejutkan kami semua.

"kak ngah, bangun kak ngah. harini Kak ngah amik cuti keja leh tak? Jom kita p Bukit Merah harini".
"Okey, jom laa." sambung tido balik..kiki


Actually, first time family aku nak pegi Laketown Resort nih. Lost World Tambun da penah sampai, Sunway Lagoon da penah p, tapi Laketown Resort hat dekat bak orang kata kentut pun dengaq tuuu pun tak pernah sampai. kesian kan? kiki.

Okey, dengan pantas nyaa adik-adik aku yang over excited pun bangun dah terus siap-siap nak pegi sana. sedikit teruja sebab da lama tak berjalan-jalan. Last pegi jalan-jalan pun masa awal tahun haritu. Pegi Langkawi. Sebelum ke Laketown, kami sempat singgah ke Parit Buntaq yang barang-barang agak murah di sana untuk membeli serba sedikit barang. Bisnes kan. hihi..

Disebabkan guna jalan lama, terpaksa lahh guna GPS untuk tengok jalan ke Laketown. Abah pun taktaw jalan sebenaqnyaaa.hihi..

sesampainya di Laketown sementara tunggu abah beli tiket.

budak atas ni bukan taw berenang pun. :p



okey daa puas. jom balik :')

-TAMAT-



Monday, 22 April 2013

Rindu........

Ya Allah Rindunyaaa dekat classmate,

dah 4 bulan terpisah dek masing-masing praktikal di negeri sendiri.

ada yang duduk Penang, Selangor, KL, Pahang, Melaka dan Perak.

macam-macam adaaaaa, hihi

sumpah rindu semuaaa classmate Det4D. ( girls sahaja okey ) ! kikiki,

rindu atirah, rindu intan, rindu tika, rindu akma, rindu balqis, rindu puteri,,,

(girls 7 orang je)

ampa semua rindu aku dak? kuikuikui :')


KENANGAN SEMESTER 1

comei dak kak ton? 

dari kiri : tika, aku, shira, intan 
(serabainyaa tudung akuuuu)


 
dari kiri: shira, tira, aku & intan
(semangat poly brigate)
betui kaa eja mcm tu? 
tea kopi, mampuih p laa..hihi


dari kiri: tika a.k.a Ibu, tira a.k.a Mok, & Aku.


dari kiri: tika, akma, puteri, balqis


KENANGAN SEMESTER 3

hadapan: aku & intan
belakang: balqis, tira, tika
(jalan-jalan turun ke tapah, then naik balik ke rawang utk makan Mcd & Karoake)
miss thissss moment :'(


dari kiri: akma, tira, balqis, tika


dari kiri: minah endon, tira, tika
(actually aku di buli) :'(
kenangan tunggu bus depan poly.


"A friend is someone who thinks you're a good egg even though you're slightly cracked"




Thursday, 18 April 2013

Kek Marie / Kek Batik


assalamualaikum cakkk, 

harini kite buat kek marie ataupun sesetengah orang panggel kek batik. okey, ini adalah salah satu kek puuujaaan hati keluarga aku. hihi. sebab sonang sangat nak buatnya. 

ni adalah bahan-bahan yang digunakan utk buat kek batik ni. simple je kan? janji sodappp !



buttercup- 250g
biskut marie- 1 paket
telur dibasuh- 4 bijikkkk
sebuk koko- 5 sudu teh
serbuk milo- 7 sudu teh
gula- 1/2 cawan
esen vanilla- 1/2 sudu teh
susu pekat- 1/2 cawan
air suam- 1/2 cawan



  1. first of all, kita putar kan buttercup bersama-sama dengan gula. putar sampai gula tuu hancur okey. saya putarrrrrr halim. dah pastikan gula tuu hancur, masukkan telur satu persatu. 4 bijik semuanya. putar lagiiii. sampai laa dia kembang macam gambar bawah ni ye.



2. ni rupa apabila buttercup di campurkan dengan gula dan 4 biji telur. see, putar sampai kembang macam ini okeyy. then, masukkan sedikit esen vanilla.



3. okey, lepas yang kita putar-putar tadi kembang, tinggal kan kejap. buat yang ni pulakkkkss. campurkan milo, serbuk koko, air suam dan susu pekat dalam satu periuk yang sedang-sedang saiznya. kacau kacau kan bahan-bahan yang kita campur tadi. jangan sampai berketul-ketul ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian...



4. dah kacau sampai benda tuu tak berketul-ketul, masukkan bahan-bahan yang kita putar tadi tu ke dalam periuk. kacau atas api dengan api yang slow je yeee..kacau sampai bahan-bahan tadi menggelegak macam gunung berapi nak meletuss tuu. dah nampak macam menggelegak semacam tu, masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan ke dalam periuk tadi. kacau biskut-biskut tadi biaq semua kena coklat-coklat tuh okey. tutup api. masukkan ke dalam loyang. tekap tekap kan permukaan loyang tu dengan plastik biaq semua bahan-bahan tadi menutupi dasar-dasar loyang tu naaa. biaq dia sejuk dalam 15 minit. baru masukkan ke dalam peti ais. agak-agak dah sejuk, bole laa di makannnnn ~


taraaa, ini lah hasilnya kek batik akuu. gambar ni kurang jelas disebabkan lampu dapuq umah aku yang agak romantikss skit. hihi, maaf. nampak kuranggg comel kan? takpe, janji sedapppp ! sehari je, dah licin. hihih :')

da malas nak menaip panjang-panjang. okey bye -,-


Sunday, 14 April 2013

Cara Berjimat Dan Simpan Duit

1. Rancang Perbelanjaan




Setiap hujung bulan aku akan buat benda ni. Mula mula aku listkan barang keperluan yang penting yang perlu dibeli & yang aku mengidam-ngidam selama ni. Lepas settle beli semua tuh, Baki yang tinggal aku tolak ngan duit yang nak aku simpan. Dan last sekali baki yang tinggal aku jimatkan-jimatkan sehingga hujung bulan bulan depan pulak, hihihi.


2. Amanah Saham Bumiputera (ASB)




Okey, aku masih awal lagi laa dengan akaun ASB ni. Baru jee bukak. Tu pon sebab mak aku yang paksa. hihi. Akaun ni kiranya menyimpan sambil melabur la. Dapat tambah duit simpan sikit. jawabnya dapat sikit la baru baru ni bonus yang saban tahun dapat tu sebab baru simpan beberapa ringgit je. hihihi. Akaun ni kalau boleh simpan RM 500 sebulan. Dalam setahun kita akan dapat simpan RM 6000. Contoh kalau bonus hujung tahun 10 % dari simpanan, maka kita akan dapat la RM 600. Banyak kan? Untung-untung buat sape-sape yang kerap menyimpan ni.


3. Kerja Part time




Kalau boleh buat OT, buat lah kalau nak tambah sikit pendapatan bulanan. Itu pun kalau rajin laa. Tapi pada aku, disebabkan dah tak ada cara lain nak tambah income, aku terpaksa la kerja part time. Tapi bukan setiap hari. No way!!! Aku pun malas gak. Aku akan kerja Part time bila hujung minggu je. means, sabtu ahad laa. Hehehe mata duitan tul. 


4. Mengurangkan Penggunaan Kereta




Ini bermaksud aku jarang keluar rayau - rayau la, gi sana gi sini gi situ. Aku guna kereta untuk ke kerja je. itupun tak jauh 5 minit dah sampai. HIIHI. Lagipun hari minyak sekarang dah tak menentu. Memang akan naik. Jadi aku selalunya target dalam sebulan aku akan belanja RM50 untuk duit minyaK.


5. Tabung Duit Syiling




Dulu masa zaman sekolah ada la menabung sikit - sikit. Lepas tu langsung takde. Sampai la sekarang baru teringat nak menabung. Bila duit syiling yang aku simpan ni dah mencecah 3 angka, baru laah aku korek-korek untuk simpan di Bank. Sehari letak seposen pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit.


6. Mengawal Nafsu Makan




hihihi kalau bab makan, memang susahhh sangat ! kenapa? sebab kalau keluar ja, untuk makan saja mesti habis dalam RM50. Memang perut ni mintak itu ini. Huhuhu, untuk menjimatkan duit, kena jarang-jarang keluar lahh kan. Baru lahh boleh saving dari makan benda-benda mahai yang kenyang 3 4 minit je tuuu.



7. Ada Simpanan Kecemasan




Malang tidak berbau. Itu lah pepatah orang orang lama kalau kita tiba - tiba menghadapi sebarang musibah. Aku kena pastikan ada sejumlah wang tertentu tersimpan kemas dalam bank. Jangan keluarkan. Jangan gunakan. Kecuali kalau ada kecemasan yang tidak diduga.Okey, akaun Nuffnang, Churp-churp, Says aku akan cuba dari tidak cash out kan. Cuma akan cahout bila betul-betul kecemasan je, boleh keee? InsyaALLAH boleh :')




Thursday, 11 April 2013

Lan Todak

Salam Jumaat kawan-kawan,

Minggu ni penuh new feed facebook, twitter pasal Kes Buli Ketua Kelas . 
Hot jugakk laa berita minggu ni dengan video tu walhal kes tu dah selesai sebulan yang lepasss. 
Budak-budak yang bersalah dah pun kena buang sekolah dan kena hukuman yang sepatutnya. 

So, buat apa kita nak Bash orang lagi kan? 
 Kalau iya pun dorang bersalah, tu masalah dorang dengan mangsa dan Allah. 
Kita ni siapa nak judge orang yang kita tak pernah kenal pun kan.
 nak hukum-hukum orang kenapa? please laa. masing-masing pernah buat salah.

 kes ni boleh dijadikan pengajaran untuk budak-budak sekolah yang lain. 
Untuk adik-adik, kalau ada yang tak puas hati bagai, jumpa face to face,
 slow talk baik-baik.
 tak perlu guna kekerasan.
 kekerasan tak boleh menyelesaikan masalah pun. 

Dan akal pun tak perlu laa cetek sangat. 
dah buat salah tu jangan laa nak rakam-rakam video bagai... 
kalau video-video tu terlepas dekat tangan orang yang tak bertanggungjawab acano?
 demo jugak yang merano nanti kan

Aku percaya, mereka-mereka yang bersalah pun mesti dah menyesal sekarang.
 Gila tak menyesal. Video tu satu Malaysia tengok kot.
 Muka mak bapak jugak malu. Kesiann dekat parent...

Okey, harap kes ni tak berpanjangan lagi..
Untuk manusia-manusia yang suka maki hamun sesama manusia tu
pleaseeee laa stop benda-benda ni.
The pass let it pass
 Tak guna nak bash orang walhal kita sendiri pun tak sesempurna mana.
 Bagi dorang peluang untuk tebus balik kesalahan yang dorang pernah buat okey ?
goodbye, Assalamualaikummm :')








Wednesday, 10 April 2013

Side Income

Assalamualaikum,

Selain buat kerja part time sebagai promoter di Aeon Big prai, aku juga ada buat extra side income. extra side income ni dapat dengan cara berblogging ataupun online. Ada lah sikit-sikit pengetahuan tentang Nuffnang , Churp-Churp , dan Says although aku bukannya aktif sangat pun dalam berblogging. Tapi aku suggestkan kepada semua blogger-blogger, daftarlah account-account ni sambil-sambil berblogging kan. tak salah pun, income pun dapat walaupun tak banyak. hikhikhik :') Jadi aku nak share sikit laa pengetahuan yang aku ada tentang semua-semua ni. 



CHURP-CHURP


Okey, bagi aku Churp-churp ni salah satu account yang paling berbaloi. Bagi aku laa kan. kenapa? sebab 1 klik = RM 0.20, kalau dah 100 orang klik tak ke banyak tu? untung kan. So, bagi anda yang diluar sana, daftar lah account Churp-churp ni dengan segera. Free je. aku pun dah daftar. Hasil yang aku dapat tak laa banyak lagi. tapi berbaloi laa kan dari online kosong tak dapat ape kan. Caranya senang je, dengan hanya share iklan-iklan yang terdapat di Churp-Churp di facebook anda, twitter mahupun blog. Tak menyusahkan pun :)




hikhik, baru RM21.20 earning yang aku dapat. kena cari lagi RM78.80 untuk Cashout kan. 

ni contoh-contoh link iklan Churp-churp yang ada, bole click kalau nak:
  1. Darlie Find
  2. Sunsilk Girl Search
  3. DiGi Buddyz
  4. Pringles Bowling
  5. Popular Book
  6. Magnum Pleasures
banyak kan iklan-iklan Churp-Churp ni? cuma kita je yang kena rajin sikit kalau nak lebih. Apa tunggu lagi, daftar laa sekarang. klik sini untuk daftar. 


NUFFNANG

Okey, Nuffnang pula paling sesuai untuk rakan-rakan yang ada blog sahaja. Ramai orang cakap earning Nuffnang memang lambat sikit nak naik. tapi kalau sekali naik memang banyak. betul ke idak, aku taktawu laa. sebab aku pun baru sebulan mendaftar. hihi. Yang penting bila anda daftar Nuffnang, anda kena dapatkan STATUS GLITTERATI dan cuba dapatkan sebanyak mana mungkin bilangan visitor di blog anda untuk mendapatkan BUFFERED EARNINGS (BE). 

apa itu BE?

BE adalah satu jenis iklan di mana bloggers dibayar mengikut unique impression yang dibeli oleh advertiser. Apabila BE sudah tamat tempoh, ia akan menjadi metered earning dan nilainya akan di masuk kan ke dalam pendapatan semasa (current earnings). BE ni adalah jenis iklan yang tidak bergantung kepada click on ads untuk menaik kan earning nya, tetapi bergantung pada jumlah unique visitor anda.

Tapi kan, aku belum pernah lagi dapat BE from Nuffnang. Nuffnang, bila nak kasi saya BE? *buat muka comel* kiki. takpe, yang penting kena rajin mengupdate blog dan bersabar. kan Nuffnang kan?


nahh, tengok, baru RM0.50 *muka sedih*. Lagi RM99.50 baru bole cashout. Lambat lagi der. Untuk mendaftar Nuffnang, klik sini



SAYS

Okey, account Says ni lebih kurang Churp-Churp juga. 1klik= RM0.20. kita wajib rajin mengesharekan iklan-iklan Says di facebook, twitter atau blog. cuma iklan nya tak sebanyak Churp-Churp. hihi, untuk mengdaftar Says, klik sini . free je. jangan risau yang penting kena rajin. tu jee :')


RM6.40 . Inilah hasil yang aku dapat sepanjang sebulan mendaftar Says. okey lettew kan? tapi Says ni lain sikit dari Churp-Churp. Kalau total earning dah cukup RM50, kita dah bole cashout kan. best kan? try laa :')

Ni contoh iklan daripada Says, bole click kalau nak :
  1. Nenek PRU13



okey, setakat ni saja review tentang Churp-Churp, Nuffnang dan Says. Entry lepas ni aku akan ajar cara-cara nak daftar Account-Account di atas dan cara-cara nak share iklan-iklan tersebut. maafkan hamba kalau ada tersalah info atau bicara. sekian, Assalamualaikum :) hihihi




Monday, 8 April 2013

Hero Burger Bakar


assalamualaikum,

Nampak tak, awal-awal entry lagi aku dah letak banner Hero Burger Bakar yang paling meletup tup tup kat penang sekarang. famous amos sangat burger ni kat penang, so aku pun fly ke sana untuk try. kedai ni terletak di Astaka Stadium Bandaraya. Kalau naik ferry untuk ke sana, memang tak jauh pun dengan stadium tu. dalam 10 minit bole sampai. sebenaqnya aku tak pernah pun sampai ke stadium tu. kira first time laa malam tu ke sana.kikiki, nama jaa duk penang. tapi tak jelajah penang sehabisnya lagi :')





okey, ini adalah menu-menu yang terdapat di Hero Burger Bakaq. harga yang paling murah sekali RM6.50. sumpah sedap bak hang. kalau kena bayaaq RM10 pun aku sanggup. kiki, nampak tak aku sangat suka bab bab makanan ni. 




tara, ini burger yang aku pesan. nampak sedap kan? memang sedapppppp pong ! saja nak tayang. meleleh dak tengok burger ni? hihi. akhirnya makan sampai perut kenyang & malas nak berjalan. ambikkk kaw! kiki. for ur information, kedai ni buka setiap hari kecuali hari selasa pukul 6 petang sampai 12 malam.

okey, setakat ni je review untuk kali ni.
thanks awak, belanja saya makan. nanti nak lagi burger ni. tapi nak try dekat tempat lain pulakkk :') hehehe

p/s: sedap ! tak percaya? try laa dulu :') sangat puas hati okey. selamat mencuba. assalamualaikum ~